Wasiat Rasulullah SAW kepada Saidina Ali r.a
Wahai Ali,
Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya
Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia
Wahai Ali,
Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya
Jujur dalam berkata-kata
Menjauhi segala yang haram
Merendahkan diri
Wahai Ali,
Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya
Takut berlaku dusta dan keji
Menjauhi kejahatan
Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman
Seseorang wanita itu apabila di hari akhirat akan menarik empat golongan
lelaki bersamanya ke dalam neraka.
Pertama:-ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak
perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti
mengajar sholat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak
perempuannya tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya
memberi kemewahan dunia saja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua:-suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul
bebas, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum
lelaki yg bukan mahram..apabila suami berdiam diri……walaupun dia
seorang yang alim etc sholat tidak lalai, puasa tidak lepas maka dia akan
ditarik oleh isterinya.
Ketiga:-kakak-kakaknya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga wanita jatuh ke pundak
kakak-kakaknya…..jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan
adik perempuannya dibiar menyimpang dari ajaran ISLAM ….tunggulah
tarikan adiknya di akhirat
Keempat:-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang
haram dari Islam, maka anak itu akan dipertanyakan dan
dipertangungjawabkan di akhirat kelak…….nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia malah
di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang bergelar
ayah/suami/kakak atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar
tidak silap firman ALLAH SWT:
“HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU…”
Hai wanita, kasihan ayah anda,suami anda ,abang-abang anda serta anak-anak
lelaki anda…kasihankanlah mereka dan diri kamu sendiri……jalankan perintah ALLAH SWT dengan bersungguh-sungguh dengan ikhlas..
Akhir kata,marilah kita berdoa agar kita semua selamat dari ditarik dan
tertarik….oleh semua pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat
berharga. ALLAH SWT menilai seseorang muslim dengan SYURGA…semua kaum
muslim masuk syurga…janganlah kita membuang atau tidak mengindahkan
janji ALLAH SWT.
SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKINYA TANPA HISAB
AMIN…YA RABBALALAMIN
